Wednesday, October 7, 2009

Kerajaan Positif Bangun Rakyat Luar Bandar

PEWARIS BANGSA… Datuk Nasir (tengah) diiringi Abd Jal (tiga kiri) dan Abdul Mursidi (kiri) bersalaman dengan sebahagian kanak-kanak selepas upacara Perasmian Masjid Tagasan Jaya.



Laporan Oleh: ARSHAD HUSSIN


SEMPORNA: Kerajaan sentiasa bersikap positif dan terbuka dalam membangunkan rakyat negeri ini, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar melalui pendekatan secara bersepadu antara kemajuan dengan pembangunan melalui penguasaan ilmu, kefahaman agama serta bidang kemahiran demi mengukuhkan kekuatan rohani, fizikal serta mental rakyat.


Pendekatan itu dikhususkan kepada generasi muda Islam melalui pembudayaan ilmu berteraskan iman, ibadah dan nilai-nilai akhlak mulia.Semua ini merupakan asas dan kunci yang mampu meningkat kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan umat Islam dan rakyat secara amnya.


Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran, menjelaskan kerajaan melihat kepentingan pendidikan Islam dari segi ilmu aqidah bertujuan memberi kefahaman tentang hidup sebagai hamba Allah dalam mempercayai kekuasaan Allah SWT.Katanya, demikian juga kefahaman terhadap ibadah supaya umat Islam dapat menyempurnakan pengabdian terhadap Allah SWT dalam seluruh aspek kehidupan dan berakhlak bagi memurnikan seluruh sahsiah, amalan, tindakan serta kehidupan sosial.


Sehubungan itu kata Nasir, peranan anggota masyarakat di peringkat kampung sama penting untuk mengangkat martabat agama Islam.Datuk Nasir yang juga Menteri bertangungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan masjid Kampung Tagasan Jaya di sini.

Masjid Kampung Tagasan Jaya


Hadir sama sempena majlis itu ialah Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabahani; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pegawai Perhubungan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Haji Hamad Moktar; Pengerusi JKKK Tagasan, Abd Mursidi Abdul Jal; Pengerusi Surau, Abdul Jal Mataru serta kakitangan UPKR Senallang.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, mengingatkan masyarakat Islam Tagasan Jaya memanfaatkan dan mengimarahkan masjid atau masjid dengan pelbagai pengisian aktiviti keagamaan.
Katanya, masjid bukan hanya tempat beribadat malah ia merupakan markas untuk bermusyawwarah demi memajukan masyarakat Islam.

Selain itu katanya, jawatankuasa surau hendaklah lebih proaktif dengan mengadakan kelas Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi menjamin masyarakat Islam kampung itu tidak ketinggalan dalam pendidikan agama.
Kejayaan pembinaan masjid Kampung Tagasan yang bernilai RM75 ribu merupakan hasil usaha dan sumbangan 230 0rang penduduk kampung serta bantuan Ahli Parlimen Semporna.
Ia diterajui oleh sepuluh orang anak muda berkelulusan sarjana muda, diploma dan dipelopori Abdul Mursidi Abd Jal selaku Pengerusi JKKK Tagasan Jaya.

Majlis Perasmian Masjid Kampung Tagasan jaya



Kami Memimpin


Assallammualaikum dan salam sejahtera kepada semua .Pertama sekali Sebagai pihak Anak jati Kampung Tagasan Jaya dengan rasa bersyukur kehadrat Allah .S.W.T kerana dengan izinya terbentuk kata-kata nukilan yang tidak dapat digambarkan dengan satu pun perkataan bertapa sayang dan cinta yang lahir dari perasaan terhadap Kampung dan Seluruh penduduk kampung Tagasan Jaya yang merupakan Sebahagaian daripada Sumber Inspirasi kejayaan Tagasan Jaya .



Sebagai Anak jati Kampung yang Berpandangan jauh serta berpendidikan ,adalah menjadi tanggungjawap seseorang individu tersebut untuk mengangkat dan memartabatkan bangsanya,kaummnya,agamanya dalam semua aspek sama ada dari dimensi Ekonomi,Politik mahupun sosial. Secara Jujurnya saya katakan,Kampung Tagasan Jaya Hanyalah sebuah Perkampungan Hutan Belukar yang hanya di kurniakan satu kelebihan iaitu sifat masyarakatnya atau pendududuk yang ingin melihat anak bangsanya berjaya dalam semua bidang tidak kisahlah sama ada bidang tersebut memerlukan kepakaran khusus ataupun tidak.Namu disebalik itu ,penduduk Kampung Tagasan jaya menginginkan serta mahu ingin tahu bertapa majunya mereka dari semua aspek termasuklah Pendidikan,pertanian,penternakan,perladangan,serta semua aspek yang berkaitan dengan industri Asas Tani.



Kebangaan inilah yang Diinginkan oleh seluruh Penduduk Kampung Tagasan Jaya. Dengan harapan yang besar serta cara berkerja yang bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti kalah dan tewas insyahallah kemajuan akanmenjadi sandaran seluruh penduduk kampung.